Wednesday, October 19, 2011






Tajuk : Cinta Fansuri
Pengarang : A. Samad Said
Penerbit : PTS
ISBN : 978-967-5136-90-0
Mukasurat : 184 Halaman

Sinopsis

Jarang-jarang berlaku percintaan seganjil ini.

Bermula di bengkel seni di Malaysia, dalam pedih perpisahan di

Singapura, gelora resah kehidupan di Perancis, Cinta Fansuri menghantar

sebuah kisah cinta yang sangat aneh, menyentuh dan falsafi.

Mengapakah Fahiyaton yang bersumpah akan bersama kekasihnya,

Fansuri, tiba-tiba mengahwini seorang tuan punya ladang lada hitam?

Dan mengapakah setelah menjadi janda, Fahiyaton mengahwini pula pak

cik arwah suaminya?

Mengapakah Fansuri kemudiannya menolak Fahiyaton selepas bekas

kekasihnya itu diceraikan suami keduanya. Dan mengapakah setelah luka

hati mereka sembuh tiga tahun kemudian, sekali lagi Fahiyaton menolak

Fansuri?

Demikianlah pada suatu subuh dalam kuyup hujan di atas dek sebuah

kapal, Fansuri bersumpah untuk tidak mengenal lagi seorang wanita

bernama Fahiyaton.


-INILAH NOVEL KARYA A.SAMAD SAID YANG AKU CARI SEJAK KEBELAKANGAN INI.. NASIB BAIK ADA http://www.kedai-buku.com , SO APALAGI ORDER TERUS LA.... NOW HANYA MENUNGGU DELIVERY SAJE-

No comments:

Post a Comment