Monday, October 10, 2011

kesedaran dan keinsafan...

mengupas kehidupan lagi.... kali ini aku ingin mengupas tentang kesedaran atau keinsafan.. kesedaran untuk keinsafan...

acapkali sejak kebelakangan ini kita di beri ingatan tentang kemusnahan... kemusnahan dunia yang setiap hari kita dengari dan tontoni berlaku di mana2 saje setiap saat.... terakhir bencana atau kemusnahan yg berlaku adalah gempa bumi di Jepun yang mengakibatkan Tsunami... beribu atau mungkin berjuta rakyat terkorban dengan sekelip mata... pada yang bukan Islam mungkin menganggap itu perkara biasa.. namun pada umat Islam selaku hamba Allah tentunya terdetik di dalam hati tentang kedatangan akhir zaman..
aku merenung setiap kemusnahan itu dengan keinsafan... insafnya aku kerana aku masih di beri peluang untuk bernafas untuk bertaubat... bertaubat dan menyerah diri pada tuhan yang satu.... namun....

setiap saat dan detik aku meratapi dosa2 yang lepas.... namun mengapa aku masih tidak kuat untuk menghalang dari melakukan dosa2 yang baru setiap hari... mengapa aku begitu leka dan masih angkuh sedangkan aku tahu dan sedar tentang hidup mati......

takutnya mati di dalam keadaan yang tidak baik tersemat di dalam hati... takutnya mati semasa bergelumang dosa masih terlekat di jiwa....

Ya Allah, aku mohon pada Mu, berikanlah aku kekuatan untuk kembali ke jalan Mu....
Ya Allah, aku mohon pada Mu, berikanlah aku keimanan untuk menjadi hamba Mu yg taat.....

assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment