selama ini aku di sogokkan dengan cerita2 tentang sang suami yg derhaka... derhaka dalam erti kata lain yg tidak layak di gelar seorang suami... seorang suami yang curang pada isteri. seorang suami yg tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin apatah lain sebagai hamba Nya .
tapi drama kehidupan kini bertukar. episod kali ini amat menarik. bila kala aku mengenali dia, baru aku tahu realiti kehidupan tentang wujudnya seorang isteri yang derhaka. seorang isteri yang hanya mahu di sanjung sebagai isteri hanya untuk sementara sahaja. seorang isteri yang hanya mahu menikmati saat2 indah bersama sang suami hanya untuk seketika...
pelik kan... di saat kini para isteri berlumba2 untuk menjadi sang janda.. tidak mahu kah mereka menghayati dan menyanjungi betapa mulianya darjat sebagai 'isteri'.. tidak tahu kah mereka betapa hina nya mereka di mata manusia kala bergelar janda...
ya, mungkin mereka belum sedar.. atau mungkin arus kemodenan dan keegoan wanita itu sendiri membuat mereka alpa... berebut2nya perempuan sekarang ingin hidup bebas tanpa lelaki... mmmmm.....
atau mungkin lelaki sekarang hanya di jadikan objek untuk melahirkan zuriat??
atau mungkin lelaki sekarang hanya layak untuk di jadikan 'penyedap'kehidupan??
aku mungkin di katakan memurtadkan wanita, tapi hakikat sebenarnya aku tahu betapa seksanya menjalani kehidupan tanpa lelaki...
kalau boleh ku putarkan masa ingin aku menjalani kembali kehidupan sebagai isteri...
alangkah mulianya darjat itu....
No comments:
Post a Comment