seorang falsafah pernah berkata
manusia itu bebas
bebas untuk menangis sehingga kering air mata
bebas untuk ketawa sehingga tiadanya suara
bebas untuk melawan sehingga habisnya tenaga
bebas untuk mencintai sehingga terkecewa
dan bebas untuk menjadi dingin seperti embun pagi...
ya!! aku ingin menjadi manusia bebas...
bebas dari segala peraturan yg di cipta oleh manusia sendiri
bebas untuk memilih hak yang selalu di kawal org orang lain
bebas untuk bersuara walaupun hakikatnya aku bisu
bebas untuk melihat walaupun kadang2 aku menjadi tuli...
bebas untuk mendengar walaupun selalunya aku memekakkan telingaku ini..
namun kebebasan yang aku ingini tidak aku kecapi
kerana aku masih lagi manusia sejati
manusia yang terikat pada tiang agama
manusia yang terkurung dalam kotak kemanusiaan
manusia yang tercipta untuk menjadi manusia...
~waty 19.01.09 0419pm balcony petaling indah condo jln sg besi kl~
No comments:
Post a Comment