aku menerima berita itu setelah ianya berlaku 2 minggu yang lepas.. terkedu aku mendengarnya tatkala dia meluahkan semuanya.. Ya Allah, mengapa musibah ini berlaku padanya... Tak tertanggung beban itu untuk di tanggungnya....
perlukah aku marah pada mereka berdua? di mana letaknya akal mereka?? apa yang membuatkan mereka sanggup melakukan itu?? di mana harus kami semua letakkan muka ini.. bagaimana harus kami harungi musibah ini??
Ya Allah.. berikanlah dia kekuatan.. .. kasihan aku melihat dia....
Ya Allah... permudahkanlah perjalanan hidup dia .. tunjukkanlah jalan yang benar padanya...
untuk mereka berdua.. perbuatan mereka tidak dapat aku terima.. walau apa saja alasan mereka... Allah memberikan kalian berdua cukip kudrat.. tapi mengapa perbuatan itu yang kalian berdua lakukan...
namun ini bukan masa untuk aku menyalahkan mereka... perkara itu sudah berlaku..... yang perlu sekarang hanya menunggu dan pasrah...
Ya Allah... aku pasrah.........
Tuesday, January 27, 2009
Tuesday, January 20, 2009
gigih!!
21/9 12.21 tghari....
sedang aku leka mengupdate facebook aku ni.. tiba2 aku di datangi seorang pemuda... mmmm, boleh tahan babyface muka dia.... aku pun senyum dan tanya dia, nak cari siapa... terkejut aku dia tunjuk kertas, dan atas kertas tu di tulis "kak, ada kerja kosong?".. tersentap aku... otomatik aku sedar budak ni mesti bisu... aku pun menggeleng... aku terus ambik kertas tu dan tulis "post apa?".. dia tulis semula "auto-cad atau draughtsman"... mmm, tiba2 aku teringat ofis lama aku.. mungkin mereka ada jawatan kosong... aku tulis semula "adik pergi tingkat 3, blok A, jumpa ms kwan atau Jijah"... dia terus mengangkat tangan, mungkin tanda terimakasih pada aku...
entah macammana, tiba2 aku rasa sebak.. sedih melihat kesungguhan budak tadi tu... tidak mengganggap kecacatan menjadi penghalang untuk dia berusaha.... tabik aku pada dia...
inilah kehidupan.....

Sunday, January 18, 2009
bebas...
seorang falsafah pernah berkata
manusia itu bebas
bebas untuk menangis sehingga kering air mata
bebas untuk ketawa sehingga tiadanya suara
bebas untuk melawan sehingga habisnya tenaga
bebas untuk mencintai sehingga terkecewa
dan bebas untuk menjadi dingin seperti embun pagi...
ya!! aku ingin menjadi manusia bebas...
bebas dari segala peraturan yg di cipta oleh manusia sendiri
bebas untuk memilih hak yang selalu di kawal org orang lain
bebas untuk bersuara walaupun hakikatnya aku bisu
bebas untuk melihat walaupun kadang2 aku menjadi tuli...
bebas untuk mendengar walaupun selalunya aku memekakkan telingaku ini..
namun kebebasan yang aku ingini tidak aku kecapi
kerana aku masih lagi manusia sejati
manusia yang terikat pada tiang agama
manusia yang terkurung dalam kotak kemanusiaan
manusia yang tercipta untuk menjadi manusia...
~waty 19.01.09 0419pm balcony petaling indah condo jln sg besi kl~

Subscribe to:
Comments (Atom)