Tuesday, November 3, 2009

Friday, August 28, 2009

pengecut...

kalau la undang2 dapat aku cipta, aku akan buat satu clause dlm buku undang2 jenayah bahawa manusia yang busuk hati ini patut di rejam dan di sula di khalayak ramai...

mmm.. kejam sungguh aku kan... tapi mulut aku sahaja mampu berkata begini, sedangkan hakikatnya hati aku tidak akan mampu bebuat demikian kerana aku di lahirkan sebagai manusia yang tahu erti kemanusian dan aku syukuri Allah tidak berikan aku sekeping hati yang busuk..

tapi mungkin itulah ceritanya... manusia bernama BABI ini memang sedari saat pertama aku menjejakkan kaki ku di tempat ini sudah terpahat di dalam hati dia untuk menjatuhkan aku.. hari demi hari aku tahan, walaupun kadangkala aku melawan, namun aku akui aku tidak ada cukup kekuatan..

namun kali ini ksabaran aku sudah ke tahap maksima, kerana aku tidak mahu menjadi manusia yang tidak gembira dan sering di ganggu dengan perkara2 yang bodoh dan remeh.

Terasa penat sekali jiwa aku melayan kerenah dia... dari satu hal ke lain hal, ada saja yang tidak kena di mata dia....

namun sebenarnya aku simpati kepada dia... kerana kekurangan yang ada padanya begitu ketara dan walaupun kebencian aku yang teramat sangat, namun tidak pernah sekali mulut aku ini memburukkan dia pada sesiapa walaupun aku sering di pyscho oleh manusia sekeliling yang suka mencucuk dan melaga2 kan kami....

aku bangga menjadi diri aku kerana aku tidak seperti dia memiliki hati yang begitu... aku tidak boleh berdoa agar dia berubah kerana dia adalah kafir, namun aku cuma mampun beharap satu hari nanti dia akan sedar...

untu Pat!!... aku sebenarnya mentertawakan kau kerana kau adalah manusia pengecut berselindung di balik bayang2 sendiri dan mencari perhatian orang lain dengan perkara2 yang bodoh, menjatuhkan aku dan paling aku kau berjay lakukan kau telah menabur taik di periuk nasi aku... jijik sungguh perbuatan kau!!

tak kisah, aku pun dari awal tidak mahu melawan engkau, kerana bagi aku engkau bukan lah lawan aku... kau tak setanding aku...

-adios-

Thursday, August 13, 2009

don't put the blame on me....

I don't give a damn now... I don't care what happened now.. I'm being selfish now... so u can say whatever u wanna say........

Tuesday, August 4, 2009

....projek bosan.... the prposal...

ari jumaat biasanya aku g club ngan hubby... tp since hubby ada kerja d P.Redang aku terpaksa la entertain diri aku sendiri.. ptg lagi adik aku dh call ajak tgk movie.. ok lah since aku pun boring baik aku ikut dorang...

kul 1030 adik aku dh jemput aku... so ladies nite kitaorang ni melepakking together2 with Adik dan Linda... nasib baik suma pun satu kepala, so kecoh la dlm keta berborak n meluahkan perasaan atau ayat lebih tepat lagi mengutuk laki masing2.. ahaks...

so 1155 movie start so cm biasa layannnnnnnnnn.....



jln citer ok, kelakar la gak.. cuma rasa pelik coz aku x prnah tgk sandra bullock act komedi, so rasa something missing there... kalau d gantikan pada jenifer aniston maybe lagi best kot....

abis movie, kitaorang melepak la.. tp masa lepak kt uptown ni kitaorang x ambik pic.. since suma dh penat kan.. jadik pic sblum movie je la yg ada...

jom layan pic2 ni....








Tuesday, July 21, 2009

sepetang bersama LRT & MONOREL...

aku ni salah sorang warga KL yg prak!! percaya tak kalau aku cakap aku x pernah naik LRT dan Monorel.. ahaks!!

cam bangang je aku smlm.. nk ke KL tapi x tahu cmner.. so terpaksa la aku redah je naik LRT.. so, dari stesen Sg Besi aku yg dah mcm pelancong china ni menapak la ke kaunter beli tiket.. nk ke stesen hang tuah.. ngam2 2 minit tunggu ketapi pun smpai.. so aku pun ngn selambanya masuk, walaupun dlm hati ni gelabah tuhan je la yang tau... smpai d stesen salak, masuk la sorang makcik ni... tapi since dia masuk ikut pintu sebelah sana, aku kesian lak tgk makcik tua ni berdiri.. sungguh selfish warga kota kita skrang ni.. aku tgk memasing sumanya buat dek je walaupun dh nampak makcik tua ni berdiri.. walaupun kaki aku ni sakit sebab pkai high heel, aku panggil jugak makcik tu duduk kt tmpat aku... lega rasanya sebab dpt bantu makcik tu.. kalau la mak aku orang buat camtu, memang dh lama aku seligi org2 yg tak ada budi bahasa ni...

dh smpai stesen hang tuah, aku turun n trus ke stesen monorel... nasib baik la aku ni tak tahu malu, hehehe... aku slamba je tanya mamat kt kaunter tu cmner nk g ke wisma genting... then mamat yg sombong walaupun muka dia hensem dgn acuh tk acuh jwb aku kena turun stesen raja chulan.. geram dgn tingkah laku sombong mamat tu, aku sound balik kt dia.."bang, kalau rasa cm malas nk jawab pertanyaan org, jgn keja bhgian customer service, baik abg jadi tukang kebun"..hahaha.. puas hati aku dpt sound tepek kt org2 yg sepatutnya berkhidmat untuk rakyat.. hahahaha....

so, sesampainya monorel di hadapan times square, aku yg gayat ni tutup la mata... seriau tu... seram rasanya, cam naik rollercoaster version slowmotion.. hahaha... ada plak mamat cina sebelah tegur aku, "U baru first time naik ka?"... so, dgn sumbingnya aku pun jwb "ya la".. malu siot... punyalah gelabah smpai org boleh tahu....

dh smpai stesen, aku turun n menapak la sket ke wisma genting, opis adik aku.. ayat pertama kuar dlm mulut aku "Da, jgn la ko suruh akak naik ketapi lagik"... bantai adik aku gelakkan aku... tah apa2 la.. ketapi pun takut... hahaha

sebenarnya, aku memang takut naik ketapi, kapalterbang dan yg sewaktu dgnnya... aku ni gayat la!!

adios

Monday, July 13, 2009

pencuri!!!

sakit betul hati aku ni.. sampai sekarang aku masih lagi menyumpah2 orang yang curi handfon aku, di rumah aku sendiri plak tu... geram nya.. even, handfon aku tu bukannya mahal, still aku bengang sebab hak aku di ambil orang...

10 minit aje krew production tu interview aku, sempat jugak salah sorang krew tu curi fon aku...

ini kira dah kali ketiga hfon aku di curi orang.... so, now on aku tak nak pakai hfon yg mahal, pkai hfon murah je lagi senang, orang pun x nak curi....

to the thief, I hope one day, hfon kau kena curi balik... baru kau rasa, apa yang aku rasa....

Friday, June 12, 2009

musuh dalam selimut????...

selepas makcik jahat tu blah dan di tukarkan dari perkampungan kami ni, fuhh.. masing-masing semuanya gembira.. dapatlah kami menarik nafas lega kerana manusia hodoh berhati busuk itu telah pergi jauh dari kami, walaupun masih berada di lingakaran kawasan kami, namun tidaklah berurusan secara 'direct' dengan kami..

namun begitu, panas yang kami sangkakan ke petang, rupanya di tengahari awan telah mula berarak mendung.. argh!! rupanya nasib kami tidak begitu baik.. hadir pula manusia cantik (bolehla) yang berhati lagi bangkai di kalangan kami... argh!!!

peningkan, apa yang aku maksudkan???

mmmmm... sebenarnya apa yg aku nak cakapkan ni adalah, makhluk perosak yg bernama P telah berambus, kini di ganti pula oleh makhluk perosak bernama C!!.. aduh, mana datangnya makhluk2 ni... kenapa mesti mereka hidup di dunia ini... agaknya dunia ni dah ketandusan manusia2 yg baik....

sejak 2 hari lepas perkampungan kami telah di 'ambush' dengan cerita adanya musuh dalam selimut yang bertindak selaku 'spy' atau lebih tepat lagi 'musuh dalam selimut', telah mencanang pada 'orang besar'.. cerita2 yang kami ini duduk bersenang lenang, pergi dan masuk ke kampung ini sesuka hati kami, dan macam-macam lagi.... apalagi, melentinglah kami semua.. geram dan bengang usah di kata... perang mulut, perang email pun bermula... penyiasatan pun bermula, dan akhirnya kami semua dapat menangkap dalam senyap siapakah 'spy' ada 'dalangnya'...

seperti yang telah di jangka kan.. kami semua dh agak siapa orangnya...

jadi, conclusionnya.. mulai saat ini semuanya kena lah berhati.... bagi aku makhluk perosak ni patut di pulaukan saje.... supaya dia sedar semua orang tak suka kan dia...

aku nak tengok sampai bila 'spy' ni bertahan.....

Monday, May 11, 2009

eppy mother's day mama...



eppy mother's day mama... ari sabtu lepas, aku n adik aku Ida saje jalan2 shopping.. so, aku suggest bli adiah tuk mama... memang aku dh plan nk bg cincin tuk mama, so bila tanya adik aku apis n ida ajak dorang tong-tong. nasib baik dorang stuju.. xpela, x kisah stahun skali je... so jalan2 kt mines tu, masuk Tomei, survey tgk ada cincin yg cantik n memang dlm lingkungan budget kitaorang la.... so apa tunggu lagi, beli je la.. Jai pesan swuh belik tuk aku sendiri, nanti claim balik kt dia.. kira2nya adiah mother's day aku dari dia la... hehehehehe...

so, smpai umah mama malam, so aku n adik trus bagi je adiah tu.. since mama kerja ari ahad n aku plak, tido ari ahad, so di percepatkan aje la ceremony tu... hehehehe..

mama happy tgk cincin tu, cuma ketat sket... tp xpe, aku ckap nnti bley g kedai tu balik... mama kata ok, dia happy sgt.....

so tu je la sambutan mother's day aku... Haqime plak, baru tngahari tadi dia wish aku, lagipun dia kecik lagi, tak tahu apa2 pun....







Monday, May 4, 2009

my weekend...- shooting...

sabtu lepas, aku dpt call dari Alan... swuh aku shooting tuk drama teratak mahligai.. nasib baik la bos suma xde kt opis, so aku dpt la kuar opis awal.. kul 12 ptg aku smpai kt bangsar, so biasala tunggu cast production lambat kan.. kul 2 smpai dkt kul 5 baru abis shoot... mmm.. oklah this is 3rd time aku shoot, but 2nd time fr drama... lepak2 ngn prod member, dorang swuh aku g screen test if aku nk jadi pelakon.. mm ntahla, x sure lagi.. my some other time... aku belum ada guts tuk jadi full time actor,tuk extra boleh la, sbb xde dialog kan.. aku ni pelupa, cmner la aku ni nk jadi pelakon, nti brp kali cut plak.. hehehe....
tp ok gak la.. kawan aku mariana (director drama) pun dh banyak kali ajak aku follow dia shoot, tapi aku malas.. minat tu, minat la tp sebab aku tahu bnyak masa aku kena luang tuk jd pelakon, so aku x brp in to it at this moment.... myb some other time kot.. skunk aku tgh buat story line .. baru berjinak2 ni.. dh siap storyline aku nanti, aku bg la kt kawan aku mariana, mana tahu dia bley buat skrip tuk drama dia.. saje tuk cari duit lebih sket..
kesian adik aku ngn bf aku kena tunggu aku lama masa shooting.. tp xpela, aku pun dh blanja dorang makan... hehehehe
ni pic aku bersama zizan n arash.. zed zaidi x smpat ambik pic ngn da, dia nk balik cepat....







btw, thanx Iera...

nota kaki : suka la iera dpt pegang zizan.. hehehe.. nnti tgk la kawan aku iera dln iklan celcom baru ye...

Tuesday, April 28, 2009

bila dia menyalak!!

aku benci bila dengar kau menyalak....
tapi apakan daya...
aku tiada kudrat untuk menegur kau... apatah lagi nak melawan..

siapa kau yang selalu menyalak ke arah aku tanpa belas?? entahlah!!

hanya tuhan yang akan membalasnya.... kerana aku tahu siapa diriku yang sebenarnya...

cukup cukuplah.... aku benci mendengarnya!!

tolonglah bangun!! dunia ini bukan hanya pasal kau!!... bangkit dan lihatlah di sekeliling ...

lebih baik kau pikirkan dan buat perkara yang lebih berfaedah dari terus-terusan menyalak...

apa yang kau dapat??? kerana kau hanya menyakitkan hati kau sendiri...

Sunday, February 15, 2009

dugaan kah ini.........

tepat jam 4.45 kami semua dapat bertemunya.... sedih, pedih dan tersiksanya kami melihat dia sedemikian rupa... airmata yang bergenang tidak dapat di tahan lalu berderailah ia... jasad yang selama ini begitu sihat kini seperti mayat hidup... tatkala mendengar suaranya, merayu padaku mengatakan dia tidak bersalah, aku rasa seperti di himpap batu... aku tahu dia tidak lakukan semua itu.. tiada kata yang dapat ku lafazkan padanya.. aku hanya meminta agar dia bersabar.. sementara kami di sini melakukan segala-galanya yang terdaya...

kini apa yang mampu kami lakukan lagi.. hanya berdoa dan terus berdoa.. mungkinkan ini balasan tuhan pada ku kerana aku leka.. aku lalai menjadi hambaNya..
amarah aku pada lelaki durjana itu, tidak dapat ku tahan lagi.. ingin aku memijak-mijak kepala nya biar tersembul kedua biji mata itu... ingin aku mencincang-cincang badannya agar dapat dagingnya di makan gagak2 yang rakus... ingin aku patah-patahkan kakinya agar dapat ku campak ke bara api.. sanggup dia melakukan itu pada darah daging ku ini...
namun aku tak kan terdaya melakukan itu semua... aku hanya manusia biasa, yang amarah nya hanya di mulut.. akal dan iman aku masih di jiwa.. aku redha dengan ketentuan yang maha esa.... namun penyesalan di dalam hati tidak dapat aku tanggungi.. alangkah baiknya jika aku dapat menyedarinya dari awal.... mungkin semua ini tidak akan terjadi....... mungkin dia masih bersama ku menemani aku di malam hari, tatkala aku sunyi... mungkin dia masih bersama ku mendengar keluh kesah ku........
Ya Allah... aku mohon padamu.. kalau boleh ditukarkan aku di tempatnya aku sanggup... aku sanggup merasai apa yang dia rasai...sakit jasadnya, sakit lagi jasadku ini... dia terlalu muda untuk menghadapi semua ini...
Ya Allah.. aku mohon padamu... lindungi lah dia di sana... jauhi lah dia dari manusia2 durjana... kuatkan lah hati dan semangat nya....
Ya Allah.. permudahkan lah urusan kami semua di sini... lindungi lah kami.. berkati lah kami....

Tuesday, January 27, 2009

M U S I B A H

aku menerima berita itu setelah ianya berlaku 2 minggu yang lepas.. terkedu aku mendengarnya tatkala dia meluahkan semuanya.. Ya Allah, mengapa musibah ini berlaku padanya... Tak tertanggung beban itu untuk di tanggungnya....

perlukah aku marah pada mereka berdua? di mana letaknya akal mereka?? apa yang membuatkan mereka sanggup melakukan itu?? di mana harus kami semua letakkan muka ini.. bagaimana harus kami harungi musibah ini??

Ya Allah.. berikanlah dia kekuatan.. .. kasihan aku melihat dia....
Ya Allah... permudahkanlah perjalanan hidup dia .. tunjukkanlah jalan yang benar padanya...

untuk mereka berdua.. perbuatan mereka tidak dapat aku terima.. walau apa saja alasan mereka... Allah memberikan kalian berdua cukip kudrat.. tapi mengapa perbuatan itu yang kalian berdua lakukan...

namun ini bukan masa untuk aku menyalahkan mereka... perkara itu sudah berlaku..... yang perlu sekarang hanya menunggu dan pasrah...

Ya Allah... aku pasrah.........

Tuesday, January 20, 2009

gigih!!

21/9 12.21 tghari....

sedang aku leka mengupdate facebook aku ni.. tiba2 aku di datangi seorang pemuda... mmmm, boleh tahan babyface muka dia.... aku pun senyum dan tanya dia, nak cari siapa... terkejut aku dia tunjuk kertas, dan atas kertas tu di tulis "kak, ada kerja kosong?".. tersentap aku... otomatik aku sedar budak ni mesti bisu... aku pun menggeleng... aku terus ambik kertas tu dan tulis "post apa?".. dia tulis semula "auto-cad atau draughtsman"... mmm, tiba2 aku teringat ofis lama aku.. mungkin mereka ada jawatan kosong... aku tulis semula "adik pergi tingkat 3, blok A, jumpa ms kwan atau Jijah"... dia terus mengangkat tangan, mungkin tanda terimakasih pada aku...

entah macammana, tiba2 aku rasa sebak.. sedih melihat kesungguhan budak tadi tu... tidak mengganggap kecacatan menjadi penghalang untuk dia berusaha.... tabik aku pada dia...

inilah kehidupan.....

Sunday, January 18, 2009

bebas...

seorang falsafah pernah berkata
manusia itu bebas
bebas untuk menangis sehingga kering air mata
bebas untuk ketawa sehingga tiadanya suara
bebas untuk melawan sehingga habisnya tenaga
bebas untuk mencintai sehingga terkecewa
dan bebas untuk menjadi dingin seperti embun pagi...

ya!! aku ingin menjadi manusia bebas...

bebas dari segala peraturan yg di cipta oleh manusia sendiri
bebas untuk memilih hak yang selalu di kawal org orang lain
bebas untuk bersuara walaupun hakikatnya aku bisu
bebas untuk melihat walaupun kadang2 aku menjadi tuli...
bebas untuk mendengar walaupun selalunya aku memekakkan telingaku ini..

namun kebebasan yang aku ingini tidak aku kecapi
kerana aku masih lagi manusia sejati
manusia yang terikat pada tiang agama
manusia yang terkurung dalam kotak kemanusiaan
manusia yang tercipta untuk menjadi manusia...

~waty 19.01.09 0419pm balcony petaling indah condo jln sg besi kl~