Thursday, September 20, 2012

RAYA RAYA RAYA....

Lama sungguh tak 'mengupdate' blog ni... ok, perkataan itu memang tiada dalam kamus dewan bahasa ya, so sendiri paham ok....

Tahun ni memang feel raya tu dh sampai awal dah.... terexcited sangat2, al-maklum pertama kali beraya jauh dan luar kawasan plak tu.... 39 tahun berhari raya kajang, kampung pandan dan paling jauh pun PD (itu sebab dh bosan tahap gaban la, lari dok hotel 1 family)..... So, tahun ni balik beraya ke Aloqstaq kampung hubby yang 200km jauhnya dari Kajang, fuhh memang nama pun balik kampung kan...... hahaha...

encik hero memang seronok gila xyah cakap la.... lagi seronok dapat duit raya banyak gila ma.... haha.. tiap2 tahun raya Aloqstaq pun ok ma.....hai, budak2 kan..... (tak boleh tiap2 tahun Qimie, nanti nenek atok Kajang merajuk)....

baju raya tak berapa nak beli sangat pun... memang dah sepakat hubby dah belikan jubah semasa hubby mengerjakan Umrah bersama familynya semasa Ramadan lepas, so xde la I nak berlip lap sangat.... ok jugak la pakai jubah, seronok apa... lagi selesa sarung jubah dari kurung atau kebaya... sopan pun sopan... ececeh.......

aktiviti pun alahai cam biasa la berhari raya cam orang lain... cuma yang seronok sebab pertama kali berhari raya dengan keluarga mentua ( I kan pengantin baru... huhu) dan tambah lagi keluarga mentua memang semuanya sporting sangat kan.....

jadi, layan je la gambaq2 ni nooo.......







Ini je lah gambar yg sempat ambik, sebab x ingat nak ambik gambar sangat pun, sibuk makan makan makan.... hahahaha..




Monday, July 2, 2012

KENAPA MENGAPA BAGAIMANA


Seorang Lelaki Ditembak Jarak Dekat Di Hadapan Sekolah




PETALING JAYA - Seorang lelaki yang sedang menunggu dalam kereta di luar sekolah anaknya, Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dekat sini, maut selepas ditembak dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal hari ini. 

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata ketika kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa berumur 32 tahun sedang menunggu isterinya yang menghantar anak lelaki tunggal mereka berusia lapan tahun masuk ke dalam sekolah."Mangsa yang duduk di tempat pemandu dalam kereta jenis Perodua Myvi, tiba-tiba didatangi dua lelaki bermotosikal dan bertopi keledar penuh sebelum seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan ke arahnya dari jarak dekat."Tembakan itu terkena rusuk kanan dan menembusi bahu kirinya. Mangsa yang juga seorang peniaga kedai runcit kemudian dihantar ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pukul 9 pagi," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.Abd Razak berkata hasil siasatan mendapati suspek menunggang motosikal jenis Yamaha LC bewarna merah dan menggunakan pistol jenis semi auto."Siasatan lanjut juga mendapati mangsa yang tinggal di Sungai Chua, Kajang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan menurut isteri mangsa, suaminya tidak mempunyai musuh," katanya.Abd Razak berkata polis dalam pada itu tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam dan telah dirancang rapi oleh suspek tersebut."Di sekolah tersebut tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup. Sehubungan itu kami meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan," katanya. - Bernama


Sumber - here


-keadaan di luar sana yang tidak selamat sangat membimbangkan saya-

Thursday, June 28, 2012

Karen.......


Di suatu petang di Old Town White Coffee.... tngah dok sibuk2 tengok menu nak makan.. tetiba...

"Mama, ni air apar?"
"Ni air Blackcurrant"
"Kenapa panggil air Blackcurrant ma, sbb air tu ada karen ya..""....

haruskah?

nota kaki : Anak2 zaman sekarang...........

Monday, May 28, 2012

CUTIK2 MALAYSIA....

mententeramkan minda!!....

well actually itu yg sebenar benar nya yang d perlukan kami 1 famili... after 1 whole day menyakitkan kaki dan mata ke PWTC sempena MATTA FAIR.... konon2 nya nak ke Krabi Island or KohSamui Island di Thailand la.. saya ulang KONON!!...... tapi para2 suami macam keberatan nak naik flight... (harap muka masing2 je macho, ok).... 

 so on 7 April 2012, kami 3 famili together with Zaidi & King gerak khas konvoi together2 ke PD!!..yea.... ( ok, bunyi macam g Korea kan)... so, pack2 barang2.. apalagi jalan la.... kami stay di ANCASA ALL SUITES RESORT & SPA... ok lah, bilik pun ok.. since ada anak2 priority lebih pada anak2 pun....yg penting ada Swimming Pool.. itu aje xtiviti riadah yg di perlukan oleh anak2 dan mak2... ok!! so. layan lah...


view from the beach....



ok, anak bujang saya buat perangai.. sibuk nak main layang2.... 
nasib baik Angah ( anak buah yg perasan cam aaron aziz) ada... 
kalau x, penat la mama nak berkejar ke sana sini.... 
tp alih2, ayah nya plak yg lebih main.... huhuhuhu




malam, apalagi layan BBQ.... huhuhu



esok check-out.. kami konvoi lagi dn gerak trus ke SEREMBAN 2... seriously mmg perfect development di situ... one of my hubby frend stay kt situ, and kebetulan baru dapat baby, so kami singgah le tngok baby... (no pic ok).... so, xde apa yg menraik sgt pun, only nak citer konvoi kami ke PD sempena kebosanan tahap gaban.... ok bye...

Tuesday, May 8, 2012

sangat best, ok..

lama sungguh x citer... citer punya la banyak dalam kepala hotak aku ni... tapi hobi baru sudah tiba.. Shopping Online, ok!... tengok mulut saya, ONLINE... hahaha..... angkara siapa? angkara encik hubby yang malas membawa saya jalan2 lagi dah... menci...

Friday, March 30, 2012

entri...

lama x ber'entri'... sibuk sgt2... serius!!....

short entri aku kali ini, SYUKUR......

biar...

Kadang - kadang kita dah cuba puaskan hati semua orang, tapi percayalah....

Takkan boleh.

biar apa pun, lantaklah...

Thursday, February 16, 2012

AKAD..... 28 JANUARI 2012

Dengan sekali lafaz....

Alhamdulillah.........










Ya ALLAH, aku mohon padaMU teguhkanlah ikatan pernikahan ini hingga ke pintu syrga MU..

Ya ALLAH, aku mohon pada MU bajailah pernikahan kami ini dengan rasa cinta kasih dan sayang antara kami..

Ya ALLAH, aku mohon pada MU anugerahilah pernikahan kami ini dengan zuriat yang soleh dari sisi MU....




-amin-

Wednesday, February 15, 2012

TWENTY TWELVE

happy 2012!!!!.....

xde apa yang menarik pun tahun baru ini... setakat dapat cuti publik dan tngok bunga api cantik2 dan berdentum dentam bisingnya hari2 pun boleh dapat... kahkahkah...

tahun baru azam baru?? what?? perlu kah tunggu tahun baru untuk berazaman baru??

aku tak call it azam la, but lebih menarik kita pangill CHECKLIST!!...

yep, checklist apa yang perlu di buat atau dapat selama 365 hari yang akan datang...

so, checklist aku apa ya tahun ni???


1. KAHWIN!!!
2. KURUS!!!
3. KAYA!!!

ok tak checklist aku tu??? hahahahaha....

tapi sebenarnya hakikatnya di dalam diri, perkara yang harus aku buat yang mana selama 39 tahun yang lalu aku telah RUGI besar adalah SOLAT!!!.....

yep, itulah checklist atau perkara pertama yang aku set kan dalam minda otak yang bebal ni JANGAN TINGGAL SOLAT!!.......

kahwin kurus kaya itu datangnya dari nafsu hati!!... tapi solat itu adalah tiang agama aku....

sejak beberapa bulan ini aku bersyukur kerana telah di berikan hidayah oleh NYa
ku bersyukur kerana ALLAH telah membuka pintu hati aku sedikit demi sedikit...
aku bersyukur kerana ALLAH telah menerangkan jalan kehidpuan aku yg selama ini berada penuh dengan kegelapan.. dan semuanya adalah kerana HATI....

dan pada aku conclusionnya semuanya adalah kerana hati... baik atau buruk yg akan kita lalui terpulang pada hati....

jadi??....

Thursday, January 5, 2012

projek BOSAN tahap dewa....




THANK U FOR THE MANGGIS... YEA,... GOT IT FOR WAN PUTERA SYABIL, A.K.A "Just Call Me Handsome".... awesome !!!!

Tuesday, January 3, 2012

28-1




kebetulan atau suratan??.... hahahaha..... apa yang aku merepek ini adalah berkenaan nombor 28-1.......

ok, apa kaitan nombor 28-1 ini ya......


aku anak ke 2 dari 5 beradik...
ahyad anak ke 8 dari 8 beradik
insyaallah kami akan bersatu menjadi 1...
tarikh nikah kami adalah 28-1 juga....
no rumah kami juga adalah 28-1

so, adakah itu kebetulan atau 'sign'??..... hahahahahaha


renung2kan lah......

Monday, January 2, 2012

Welcome .......





Welcoming our new member of Encik. Abdul Mutalib & Pn. Norazizan Aziz family....

tepat 1pagi 29 Dec 2011, the whole family welcoming our new member .... a princess.... yea, thats right... puteri ketiga pada my brother Hafizal..

alhamdulillah, baby sihat walaupun lahir dengan berat 2.3kg saje.... tapi baby ni memang cool lah.... Mama Oli buat apa2 pun cium dia tak benti2 pun dia bley cool and buat dek je... huhuhuhu....

to Aisyah Nadirah... semoga menjadi anak yg baik dan solehah pada Walid dan Umie awak ye....

and congrats to my brother Hafizal dan my adik ipar Along for the newcomer of ur family....


next, cik zuraida a.k.a. pengantin baru, bila lagi??....

me?... Insyaallah, ajal jodoh rezeki segalanya di tentukan oleh ALLAH swt... jadi berserah saje....


amin...